Mutakhir ini, arus modenisasi
menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi
dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar
sudah terjejas. Satu kemelut yang terpaksa dihadapi oleh negara kita.
Kita sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju
dengan alam sekitar yang perlu dipelihara, bak kata peribahasa “ditelan
mati mak,diluah mati bapa”. Untuk melihat isu ini dengan lebih jelas,
satu perbincangan ilmiah telah dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam
Sekitar Daerah Johor Bahru sempena kempen “Sayangi Bumi Kita”
Pengerusi: Assalamualaikum kepada hadirin sekalian. Saya Profesor Nasir
Ibrahim mengucapkan selamat dating kepada semua yang ada di sini. Semuga
kedatangan Tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis ilmu ini diberkati
Allah S.W.T. Sempena kempen “Sayangi Bumi Kita” yang sedang berlangsung
di seluruh negara, Persatuan Pencinta Alam Sekitar Johor Bahru mengambil
kesempatan untuk bersama-sama membantu kerajaan memberi kesedaran
kepada orang ramai tentang kepentingan alam ini kepada kita. Visual yang
ditayangkan kepada kita sebentar tadi menunjukkan betapa hebatnya
serangan pencemaran di seluruh dunia. Hal ini amat mengerikan kerana
selama ini kita semua hidup dalam sebiji “belon” yang terlalu kotor.
Oleh itu, bagi membincangkan fenomena ini dengan lebih spesifik dan
bermaklumat, penganjur telah menjemput tiga orang tokoh yang terlibat
secara langsung dengan alam sekitar iaitu di sebelah kanan saya ialah
Datuk Muhammad Hafiz Ali , Pengarah Jabatan Metreolagi Malaysia. Di
sebelah kiri pula ialah Dr. Wong Xin Yi, aktivis pencinta alam yang
sangat aktif di peringkat antarabangsa. Beliau bertugas sebagai sebagai
pensyarah kanan di Jabatan Pembangunan Alam Sekitar , Universiti Sains
Malaysia. Di hujung sana pula, Datuk Aisyamariam Ulza , Setiausaha Kerja
bagi Kementerian Sains dan Alam Sekitar, Putrajaya.
Selamat datang semuanya ke majlis ini. Baiklah, semua yang berlaku mesti
ada punca atau punca-puncanya, begitu juga dengan isu ini. Terlalu
banyak pendapat yang diberi tentang pencemaran air, udara dan bunyi.
Oleh itu, kita dengar pendapat Dr. Wong Xin Yi tentang persoalan ini.
Silakan Doktor.
Dr. Wong Xin Yi: Terima kasih Profesor Nasir . Sebelum saya bincangkan
tentang punca-puncanya, saya rasa lebih baik diterangklan terlebih
dahulu maksud pencemaran. Pencemaran alam sekitar membawa maksud
perbuatan mencemarkan alam sekitar dengan unsur-unsur yang kotor. Maka,
sesuatu yang pada asalnya bersih dan dapat digunakan dengan baik dan
selamat telah menjadi kotor dan mendatangkan mudarat apabila digunakan.
Antara punca-punca yang diwartakan oleh sebagai penyebab pencemaran.
terbahagi kepada dua jenis iaitu ;:Pencemaran yang disebabkan oleh
faktor semulajadi .Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi
ialah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya
bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa
bumi dan sebagainya.
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia . Pencemaran yang
disebabkan oleh faktor manusia ialah pencemaran yang dilakukan oleh
manusia sama ada sengaja atau tidak sengaja . Antaranya ialah pencemaran
udara. Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil
dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan
sebagainya. Pencemaran air,contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa
kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya Pencemaran
tanah,contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan
sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .
Saya rujuk pencemaran akibat aktiviti manusia sebagai perbincangan. Di
Malaysia, hampir 90%-95% kawasan pedalaman telah mempunyai sistem jalan
raya ;bermakna jumlah kenderaan bermotor di negara kita telah meningkat
secara keseluruhannya. Namun begitu, kenderaan bermotor merupakan
penyumbang terbesar pencemaran udara di negara kita. Rujukan saya
seterusnya ialah pencemaran laut; lebih 90% daripada punca pencemaran
laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah
berpunca dari sektor perkapalan . dapatan ini berdasarkan kajian
Persatuan Pencinta Alam, bertajuk Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan
Malaysia, yang disiarkan dalam majalah Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala
Lumpur, 1995, m.s.:53-55)
Bagi pencemaran tanah pula, saya rujuk pada penerokaan hutan. Hutan
memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara. Hutan didapati
membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber penting
bagi pendapatan mata wang asing . Di kawasan tropika, rotan dianggarkan
menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam
perdagangan dunia. Akan tetapi eksploitasi hutan yang melampau untuk
tujuan pembalakan, pertanian, ternakan dan sebagainya telah
mengakibatkan pencemaran alam yang sangat dahsyat .
Oleh itu, jelaslah pencemaran alam sekitar banyak dilakukan oleh
tangan-tangan manusia berbanding kejadian pencemaran semula jadi seperti
gempa bumi, letusan gunung berapi dan ribut taufan. Setakat ini sahaja
pendapat saya tentang punca-punca pencemaran, saudara pengerusi.
Pengerusi: Terima kasih Dr. Wong Xin Yi kerana memberi pandangan yang
bernas. Jika teliti, memang benar pencemaran banyak dicetuskan oleh
manusia sendiri. Apabila keuntungan yang tergambar di hadapan mata,
nilai-nilai murni tidak lagi menjadi pegangan . yang menyedihkan semua
penduduk dunia merasai kesan negatifnya sedangkan yang melakukan
kerosakan hanyalah segelintir manusia. Bagi melihat sejauh mana fenomena
buruk pencemaran ini, kita tujukan permasalahan ini kepada datuk
Muhammad Hafiz Ali. Silakan Datuk.
Datuk M. Hafiz Ali: Terima kasih saudara Nasir. Tentang kesan buruk
pencemaran ini , saya berpendapat semua rakyat Malaysia telah mengetahui
dan menontonnya di televisyen atau internet. Kesan yang amat dirasai
sekarang akibat pencemaran udara ialah pemanasan global yang semakin
meningkat dari hari ke hari. Pemanasan global telah mengubah cuaca dan
sistem iklim dunia.Ribut taufan misalnya berlaku dengan amat kerap.
Selain itu, berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan
rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid . Sementara itu,
pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh
sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur
yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum
iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan
kerosakan otak terutamanya dalam kalangan kanak-kanak .
Seterusnya kita lihat pula kesan pencemaran air. Saya ambil bukti yang
berlaku di Jepun iaitu Teluk Minamata, Jepun. Pencemaran toksik terdapat
dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur
penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir
dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan
oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga
nelayan . penyalit ini seyerusnya dikenali sebagai penyakit Minamata .
Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia
bahkan turut memberi kesan kepada kehidupan yang lain . Antara kesan
pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah
kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku
dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak
yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga
turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton yang boleh mengurang
pembiakan makanan laut . dalam jangka panjang akan menjejaskan sumber
pendapatan nelayan.
Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh
dan tingkah laku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan
kesan penggunaan sumber air yang tersebut . Itu sahaja pendapat saya
saudara pengerusi.
Pengerusi: Terima kasih Datuk. Nampaknya , kesan pencemaran ini bukanlah
sekadar berlaku di negara kita. yang tidak diselia rapi . Oleh
itu,beberapa langkah perlu dikenal pasti untuk mengatasi isu yang serius
ini. Saya menjemput Datuk Aisyamariam Ulza memperkatakan
langkah-langkah yang telah , sedang dan akan diambil oleh
kementeriaannya.
Datuk Aisyamariam: Terima kasih dan assalamualikum semua. Apabila
disebut Kementerian Sains & Alam Sekitar ini, yang tergambar ialah
tindakan-tindakan yang pihak kementerian lakukan.
Antara langkah yang telah dilaksanakan ialah menggalakkan orang ramai
menggunakan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor. Mencari
alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan
mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang
dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana.
Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada
tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli
sains telahpun menemui sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh
mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin.
Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada ia
praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan satu titik permulaan bagi
meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembangunan berterusan
yang perihatin terhadap persekitaran.
Di peringkat antarabangsa,buat masa ini pula, Malaysia dan Indonesia
melalui ASEAN telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat
Melaka . Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi
Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam
Sekitar . Objektif kerjasama serantau ini ialah bagi merealisasikan
kerjasama serantau untuk membolehkan satu tindakan serta-merta
dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak yang tertumpah di perairan
Malaysia . Demikianlah sahaja , antara langkah yang telah dilaksanakan
oleh kerajaan kita bagi menangani isu ini.
Pengerusi: Demikianlah pandangan-pandangan daripada panel jemputan kita
pada kali ini. Semuga , segala maklumat yang diperoleh dalam malis ilmu
ini memberi banyak kesedaran kepada kita. Yang dapat disimpul ialah,
pencemaran sebenarnya hasil kerja tangan-tangan rakus sebahagian
daripada kita. Sewajarnya kita sedar akan bumi ini sahajalah tempat
tinggal kita. Oleh itu sama-sama kita jaga dan pulih semula keindahan
alam sekitar kita. Assalamualaikum.
Sumber : http://cikgujana.blogspot.com/2009/09/melestarikan-alam-sekitar.html